Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Loji Rawatan Air baharu Lichok tambah kapasiti 10 juta MLD
  • TEMPATAN

Loji Rawatan Air baharu Lichok tambah kapasiti 10 juta MLD

Utusan Sarawak 18 hours ago
DATO Sri Julaihi Narawi semasa Majlis Perasmian Projek ‘Acute System’ di LRA Lichok, dekat sini hari ini. Foto ADUN Kabong

ROBAN: Keupayaan sistem bekalan air di Bahagian Betong kini dipertingkatkan dengan siap dan beroperasinya Loji Rawatan Air (LRA) baharu di Lichok yang berkapasiti 10 juta liter air sehari (MLD), sekali gus menaikkan kapasiti keseluruhan loji tersebut kepada 25 juta MLD.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata loji baharu berteknologi ‘acute system’ itu mula beroperasi sejak dua hari lepas dan akan memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan Kabong, Saratok dan Krian.

“Sebelum ini, LRA Lichok berkapasiti 15 juta MLD. Dengan tambahan 10 juta MLD daripada loji baharu ini, kapasiti keseluruhan meningkat kepada 25 juta MLD, membolehkan sistem bekalan air di kawasan ini lebih stabil dan mampan,” katanya.

DATO Sri Julaihi Narawi semasa Majlis Perasmian Projek ‘Acute System’ di LRA Lichok, dekat sini hari ini. Foto ADUN Kabong

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Projek ‘Acute System’ di LRA Lichok, dekat sini hari ini.

Projek bernilai RM28.8 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak dan disiapkan dalam tempoh lapan bulan. 

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk memperkukuh sistem rawatan dan bekalan air bersih di luar bandar, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka, Krian dan Kabong.

Julaihi berkata, dengan peningkatan kapasiti tersebut, ia dijangka dapat menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat dan pada masa sama meningkatkan kecekapan pengagihan kepada pengguna di Bahagian Betong.

DATO Sri Julaihi Narawi semasa Majlis Perasmian Projek ‘Acute System’ di LRA Lichok, dekat sini hari ini. Foto ADUN Kabong

LRA Lichok mula beroperasi sejak 2003 dan dinaik taraf kepada 15 juta MLD pada 2022. 

Kini, dengan tambahan kapasiti baharu itu, keseluruhan sistem air Bahagian Betong mempunyai empat loji utama dengan kapasiti 75 MLD serta lima loji jenis ‘acute’ berkapasiti 39.5 juta MLD, menjadikan jumlah keseluruhan 114.5 juta MLD.

Setakat ini, liputan bekalan air bersih di Bahagian Betong mencapai 93.6 peratus, melibatkan 31,716 sambungan meter dan 1,356.5 kilometer saluran paip. 

Dari segi kawasan, Kabong mencatat liputan tertinggi, 96.2 peratus diikuti Krian 92.6 peratus dan Kalaka 92.1 peratus.

DATO Sri Julaihi Narawi semasa Majlis Perasmian Projek ‘Acute System’ di LRA Lichok, dekat sini hari ini. Foto ADUN Kabong

“Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat luar bandar menikmati kemudahan asas yang berkualiti dan menyeluruh,” tambah Julaihi.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, ADUN Kalaka, Mohamad Duri, ADUN Krian, Friday Belik serta tetamu kehormat lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Cuepacs Sarawak mantapkan hala tuju selepas persidangan tiga tahun sekali
Next: PPWS kekal relevan, bukti ketabahan, semangat juang wanita Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.