Loji beroperasi guna genset, tiga daerah terjejas bekalan air  

Facebook
WhatsApp
BEKALAN air di tiga daerah bakal mengalami gangguan disebabkan oleh masalah bekalan elektrik.
Foto JBALB Sarawak

SARATOK: Bekalan air di Daerah Saratok, Pusa dan Debak mengalami gangguan bekalan air disebabkan oleh masalah bekalan elektrik.

Menurut jurucakap Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, setakat ini, kerja-kerja membaik pulih masih giat dijalankan. 

“Untuk makluman, gangguan bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Kaki Wong berlaku dari 4.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

“Sepanjang masa gangguan bekalan elektrik, loji masih dapat beroperasi dengan menggunakan genset.

“Selepas gangguan bekalan elektrik kembali normal, suis utama di Loji Rawatan Air Kaki Wong tidak dapat dihidupkan,” katanya.

JBALB Sarawak menjelaskan keadaan ini telah mengakibatkan Loji Rawatan Air Kaki Wong tidak dapat beroperasi selepas gangguan bekalan elektrik.  

“Ini telah menyebabkan gangguan bekalan air di Daerah Saratok, Pusa dan Debak.

“Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul kepada para pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh Adi Safarman