Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Loji Batu Kitang dipertingkat, bekalan air Kuching dan Samarahan lebih kukuh
  • Selatan
  • WILAYAH

Loji Batu Kitang dipertingkat, bekalan air Kuching dan Samarahan lebih kukuh

Utusan Sarawak 2 hours ago
DITEMUI MEDIA…Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi ketika ditemui media ketika mengadakan lawatan kerja ke Projek Naik Taraf Loji No. 4 Batu Kitang (Modul 7) bagi meninjau perkembangan pelaksanaan projek berkenaan hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Projek Naik Taraf Loji No. 4 Batu Kitang (Modul 7) bernilai kira-kira RM138.9 juta dijangka memperkukuh lagi sistem bekalan air di Bahagian Kuching dan Samarahan apabila kapasiti pengeluaran air terawat meningkat sekali ganda daripada 100 juta liter sehari kepada 200 juta liter sehari.

Apabila siap sepenuhnya kelak, projek berkenaan akan meningkatkan keseluruhan kapasiti bekalan air di Bahagian Kuching dan Samarahan kepada 968 juta liter sehari berbanding 868 juta liter sehari ketika ini, sekali gus memastikan keperluan pengguna terus terjamin seiring pertumbuhan pesat kawasan berkenaan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata projek tersebut merupakan pelaburan strategik Kerajaan Sarawak bagi memastikan kapasiti bekalan air sentiasa mencukupi, selain menyokong pembangunan pesat di kedua-dua bahagian terbabit.

TAKLIMAT…Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi mendengar taklimat mengenai kemajuan semasa serta pelaksanaan kerja-kerja Projek Naik Taraf Loji No. 4 Batu Kitang (Modul 7) ketika mengadakan lawatan kerja bagi meninjau perkembangan pelaksanaan projek tersebut hari ini. Foto Norman B

“Projek naik taraf Loji No. 4 Batu Kitang ini merupakan inisiatif strategik Kerajaan Sarawak bagi memastikan kapasiti bekalan air sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk serta menyokong pembangunan pesat di Bahagian Kuching dan Samarahan,” katanya.

Menurut beliau, peningkatan kapasiti loji itu turut memberi manfaat kepada beberapa kawasan di Samarahan termasuk Sungai Mata dan Tanjung Parang, selain kawasan yang menerima bekalan melalui sistem agihan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.

Beliau berkata, projek tersebut juga dijangka membantu mengurangkan isu tekanan air rendah yang sering berlaku di kawasan pesat membangun seperti Stakan dan Samarindah, selaras dengan peningkatan permintaan pengguna.

“Apabila siap sepenuhnya nanti, projek ini bukan sahaja meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat kepada 200 juta liter sehari, malah dijangka membantu mengatasi isu tekanan air rendah di beberapa kawasan yang sedang berkembang, sekali gus memberi keselesaan kepada rakyat dan menyokong pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

LAWATAN…Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, ketika mengadakan lawatan kerja bagi meninjau kemajuan semasa serta pelaksanaan kerja-kerja Projek Naik Taraf Loji No. 4 Batu Kitang (Modul 7), di sini, hari ini. Foto Norman B

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Naik Taraf Loji No. 4 Batu Kitang (Modul 7) bagi meninjau perkembangan pelaksanaan projek berkenaan hari ini.

Setakat ini, kemajuan fizikal projek telah mencapai kira-kira 67 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2026.

Skop projek merangkumi naik taraf kemudahan rawatan air sedia ada termasuk sistem flokulasi, sedimentasi, penapisan, sistem kimia serta sistem pemantauan automasi (SCADA).

Selain itu, projek berkenaan turut melibatkan pembinaan tangki air terawat baharu, rumah pam air terawat, kemudahan bekalan kuasa serta penambahbaikan sistem pengambilan air mentah di Sungai Sarawak Kiri.

Kerajaan Sarawak kekal komited melaksanakan projek utiliti strategik bagi memastikan rakyat terus menikmati bekalan air yang selamat, berkualiti dan berterusan selaras dengan agenda pembangunan negeri menjelang 2030.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM1 juta bina Projek Benteng Sungai Poyan, elak tanah susur
Next: Orang ramai diminta bantu kesan lelaki hilang di Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.