Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lo Khere Chiang gesa JKKK anjur Program Berkhatan Beramai lebih kerap
  • TEMPATAN

Lo Khere Chiang gesa JKKK anjur Program Berkhatan Beramai lebih kerap

Utusan Sarawak 10 hours ago
Lo Khere Chiang berbicara dengan kanak-kanak yang bakal berkhatan.

KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sarawak digesa menganjurkan program berkhatan beramai dengan lebih kerap ketika musim cuti sekolah kerana ia memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang berkata, selain menjaga kebersihan dan kesihatan, program tersebut turut membantu meringankan beban kewangan ibu bapa serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam.

Kanak-kanak membuat persiapan untuk berkhatan.

“Program berkhatan beramai bukan sahaja memudahkan ibu bapa, malah mampu merapatkan hubungan antara JKKK dan penduduk kampung, khususnya golongan yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau menegaskan, sekiranya semua JKKK di setiap kawasan DUN menganjurkan program seumpama itu secara konsisten, tiada anak lelaki yang cukup umur akan tercicir daripada berkhatan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Berkhatan Beramai Musim Cuti Sekolah 2025 anjuran JKKK Blok C Kampung Haji Baki di Dewan Komuniti Haji Baki, semalam.

JKKK bersama para sukarelawan.

Seramai 20 peserta menyertai program tersebut yang merupakan kali kelima dianjurkan oleh JKKK berkenaan.

Turut hadir Ketua Kaum Blok C Rosli Ahmad Darus, Ketua Kaum Blok A Haji Harzmi Abd Rani serta Pengerusi Persatuan Masyarakat Jawa Sarawak cawangan Kampung Haji Baki.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Nyalakan Pokok Krismas 2025 meriahkan Taman Tebingan Sungai Batu Kawa Batu 
Next: Biro Wanita pacu pembangunan sosioekonomi wanita luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.