Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lo Khere Chiang bantu penduduk berpindah, manfaat Skim Penempatan Semula
  • Selatan
  • WILAYAH

Lo Khere Chiang bantu penduduk berpindah, manfaat Skim Penempatan Semula

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Lo Khere Chiang bersama Setiausaha Penganjur Batu Kitang, Gerald Goh dan pemilik rumah.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang memaklumkan beliau telah membantu seorang penduduk kawasan itu berpindah ke Skim Penempatan Semula Stutong serta memohon skim perumahan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membina semula rumah yang berisiko runtuh.

Menurutnya, bantuan tersebut dilaksanakan bersama pasukannya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terlibat, khususnya mereka yang tinggal di kediaman yang tidak lagi selamat untuk didiami.

Beliau berkata, SPNB menyediakan program pembiayaan perumahan kepada pemilik tanah yang layak dan berhasrat membina rumah di atas tanah sendiri, dengan setiap lot tanah yang diluluskan layak untuk pembinaan sebuah unit rumah.

RUMAH yang terjejas.

“Melalui skim SPNB, pemohon boleh menerima pembiayaan sekitar RM90,000 atau lebih, dengan bayaran balik bulanan yang mampu milik, iaitu sekitar RM300 atau lebih bagi tempoh sehingga 18 tahun, tertakluk kepada kelayakan dan kelulusan,” katanya.

Tambahnya, antara syarat kelayakan ialah pemohon mestilah rakyat Sarawak, tidak mempunyai rekod CTOS yang buruk serta bukan seorang muflis yang belum dilepaskan.

“Bagi mereka yang memiliki tanah dan berhasrat membina rumah yang selamat dan selesa tetapi berdepan kekangan kewangan, skim SPNB menawarkan laluan yang praktikal dan realistik ke arah pemilikan rumah,” katanya sambil menggalakkan penduduk yang layak mendapatkan maklumat lanjut serta mempertimbangkan permohonan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: 108 kes kemalangan jalan raya direkod di Limbang tahun ini
Next: Gangguan bekalan air tidak berjadual di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.