Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool tewaskan Chelsea untuk dapatkan pertahanan Rennes, Jacquet – laporan
  • SUKAN

Liverpool tewaskan Chelsea untuk dapatkan pertahanan Rennes, Jacquet – laporan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TEWASKAN... Jeremy Jacquet dijangka menyertai Liverpool musim depan selepas The Reds menewaskan Chelsea dalam perebutan mendapatkan khidmat pertahanan Rennes itu. Foto AFP

LIVERPOOL: Liverpool dilaporkan berjaya menewaskan saingan daripada Chelsea untuk mendapatkan tandatangan pertahanan Rennes, Jeremy Jacquet, dengan nilai perpindahan sehingga £60 juta (AS$82 juta), menurut laporan media Britain pada Isnin.

Bagaimanapun, pemain berusia 20 tahun itu tidak akan berpindah ke Anfield sehingga penghujung musim ini, walaupun Liverpool ketika ini amat memerlukan tambahan di bahagian pertahanan.

Jacquet sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea awal bulan ini, namun dilaporkan tidak berminat dengan langkah tersebut berikutan persaingan sengit di posisi pertahanan tengah dalam skuad Chelsea yang besar.

Sebaliknya, Liverpool kini berdepan kekurangan pilihan di posisi pertahanan tengah.

Kapten pasukan, Virgil van Dijk, 34, dan Ibrahima Konate, yang kontraknya bakal tamat pada penghujung musim, merupakan dua-satunya pilihan yang tersedia buat pengendali Arne Slot ketika ini, dengan Joe Gomez dan Giovanni Leoni diketepikan akibat kecederaan.

Pemain antarabangsa bawah 21 tahun Perancis itu hanya membuat 31 penampilan bersama Rennes sejak menembusi pasukan utama kelab Ligue 1 itu musim lalu.

Liverpool dilaporkan akan membayar yuran awal sebanyak £55 juta, dengan tambahan £5 juta lagi bergantung kepada klausa insentif.

– AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Regu KESETABB muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Piala DUN Dudong
Next: Zon Utara sasar ulangi gelaran juara keseluruhan SUKSAR IV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.