Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool setuju tandatangani Ekitike dengan nilai RM393.6 juta – laporan
  • SUKAN

Liverpool setuju tandatangani Ekitike dengan nilai RM393.6 juta – laporan

Utusan Sarawak 5 days ago

Hugo Ekitike. Foto AFP

LONDON: Liverpool dilaporkan mencapai persetujuan untuk mendapatkan penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike, dalam satu perpindahan bernilai 69 juta pound (RM393.6 juta), menurut beberapa laporan pada Isnin.

Juara Liga Perdana Inggeris itu beralih tumpuan kepada penyerang muda Perancis berkenaan selepas Newcastle United enggan melepaskan penyerang Sweden, Alexander Isak, yang diletakkan tanda harga sekitar 150 juta pound (RM855.6 juta) oleh The Magpies.

Difahamkan, selain Liverpool, kelab seperti Newcastle dan Manchester United turut berminat mendapatkan Ekitike, namun The Reds kini berada di landasan terbaik untuk mendapatkan salah seorang bakat muda paling menyerlah di Eropah.

Perpindahan pemain berusia 23 tahun itu dijangka disertakan dengan tambahan bayaran sehingga 10 juta pound (RM57 juta) berdasarkan prestasi, menjadikan jumlah keseluruhan boleh mencecah 79 juta pound (RM450.6 juta).

Sebaik perpindahan dimuktamadkan, Ekitike akan menyertai skuad bimbingan Arne Slot dalam jelajah pramusim mereka di Asia.

Musim lalu, Ekitike menjaringkan 22 gol dalam 48 penampilan bersama Frankfurt dalam semua kejohanan, selepas berhijrah dari Paris Saint-Germain ke Bundesliga.

Beliau tidak diturunkan dalam perlawanan persahabatan pramusim Frankfurt menentang FSV Frankfurt pada Sabtu, dan pengendali pasukan, Dino Toppmoller, mengakui perpindahan Ekitike sebagai satu “kehilangan yang perit”.

Liverpool kini sedang menyusun semula barisan serangan mereka selepas kehilangan Diogo Jota yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol baru-baru ini.

Selain itu, Liverpool dikatakan bersedia untuk melepaskan penyerang Uruguay, Darwin Nunez, manakala penyerang Colombia, Luis Diaz, turut menjadi sasaran Bayern Munich – namun bidaan awal kelab Jerman itu ditolak.

Setakat ini, The Reds sudah membelanjakan 116 juta pound (RM661.7 juta) untuk membawa masuk pemain tengah Jerman, Florian Wirtz, selain mendapatkan dua pertahanan – Jeremie Frimpong dari Bayer Leverkusen dan Milos Kerkez dari Bournemouth. 

Turut menyertai pasukan ialah penjaga gol Georgia, Giorgi Mamardashvili, yang menyertai Liverpool dari Valencia selepas musim lalu berakhir. – AFP

Continue Reading

Previous: Hasrat Pearly-Thinaah muncul juara terbuka Jepun 2025 tidak kesampaian
Next: WUG 2025: Muhammad Azeem, Umar mara ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.