Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool sedia berjuang hingga ke akhir saingan
  • SUKAN

Liverpool sedia berjuang hingga ke akhir saingan

Utusan Sarawak 3 years ago

JURULATIH Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan pasukan kendaliannya sudah bersedia untuk mengharungi baki 10 perlawanan yang akan menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas 28 daripada 38 perlawanan musim ini, perebutan kejuaraan hanya tertumpu kepada dua pasukan dengan Manchester City mendahuluipada 69 mata diikuti Liverpool yang mengumpul 66 mata selepas kemenangan 2-0 di Brighton and Hove Albion semalam.

Pada musim 2018-19, kedua-dua pasukan turut bersaing untuk kejuaraan dengan City muncul juara selepas mengutip 98 mata, satu di depan Liverpool yang hanya tewas satu perlawanan sepanjang musim.

Tumpuan Klopp kini ialah pada pertemuan dengan Arsenal Rabu ini dan pengendali dari Jerman itu sedar mereka tidak boleh mengharapkan Man City kendalian Pep Guardiola tercicir mata.

“Anda tahu mereka akan menang setiap perlawanan berdasarkan corak permainan mereka. Selagi kami di belakang mereka, kami tidak begitu merasakan kejuaraan.

“Satu-satunya perkara yang kami rasai ialah mahu memenangi perlawanan bola sepak sebanyak mungkin. Saya dapat lihat di mata pemain-pemain. Kami sudah bersedia,” kata Klopp. – AFP

Continue Reading

Previous: Jangan pandang rendah pasukan lawan
Next: KCFC ‘idam’ Liga Super 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.