Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool sambar Wirtz dengan nilai mencecah RM667 juta – laporan
  • SUKAN

Liverpool sambar Wirtz dengan nilai mencecah RM667 juta – laporan

Utusan Sarawak 19 hours ago

Wirtz (kiri) ketika membantu Jerman menentang Perancis dalam saingan Piala Negara-Negara UEFA. Foto: AFP

LONDON: Florian Wirtz bakal melengkapkan perpindahan paling berprofil tinggi musim ini apabila Liverpool bersetuju menandatanganinya dari Bayer Leverkusen dengan nilai yang boleh mencecah 116 juta pound (RM667 juta), sekali gus mencatat rekod perpindahan baharu di England.

Menurut laporan media di Britain, rundingan antara kedua-dua kelab dimuktamadkan selepas persetujuan dicapai terhadap bayaran asas 100 juta (RM575 juta) dengan tambahan insentif berdasarkan pencapaian seperti memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Pemain tengah Jerman berusia 22 tahun itu, memilih Liverpool berbanding Bayern Munich, Manchester City dan Real Madrid, dan dijangka menjalani ujian perubatan selepas kembali dari percutian.

Difahamkan, dia juga sudah mula mencari kediaman di kawasan Cheshire.

Perjanjian ini dianggap satu kejayaan besar buat Liverpool, dengan pengarah sukan Richard Hughes mengetuai rundingan. 

Kelab itu menyamakan nilai pembelian Wirtz dengan pembelian bintang terdahulu seperti Virgil van Dijk dan Alisson.

Wirtz dijangka beraksi di posisi nombor 10 di bawah pengendali Arne Slot, namun versatilitinya membolehkan dia dimainkan di pelbagai posisi termasuk sayap, tengah dan penyerang.

Liverpool turut dalam perbincangan rasmi dengan Bournemouth untuk mendapatkan bek kiri, Milos Kerkez, yang dianggarkan bernilai 45 juta pound (RM258.75 juta). 

Sekiranya perpindahan itu berjaya, jumlah perbelanjaan Liverpool musim ini akan melebihi 200 juta pound (RM1.15 bilion) selepas mengambil kira pembelian Jeremie Frimpong dan penjaga gol Valencia, Giorgi Mamardashvili – masing-masing bernilai 29 juta pound (RM166.75 juta).

Bagaimanapun, kelab Merseyside itu perlu menjual beberapa pemain bagi mengimbangi perbelanjaan, dan dijangka masih akan meneruskan pembelian, termasuk penyerang utama dan seorang lagi pertahanan.

Continue Reading

Previous: Frank kini pengurus baharu Spurs, ganti Postecoglou
Next: Arab Saudi, Qatar venue pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.