Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Liverpool masih perlukan Salah’ – Gerrard
  • SUKAN

‘Liverpool masih perlukan Salah’ – Gerrard

Utusan Sarawak 12 hours ago

LONDON: Legenda Liverpool, Steven Gerrard tampil menasihati Mohamed Salah supaya bertenang dan ‘undur balik’ kenyataan panas yang menuduh kelab ‘buang dia bawah bas’.

Salah tidak dibawa ke Milan untuk aksi Liga Juara-Juara selepas meletus kemarahan kerana disisihkan ketika seri 3-3 menentang Leeds. 

Bekas rakan sepasukan, Jamie Carragher, malah menggelar Salah sebagai ‘memalukan’.

Steven Gerrard

Gerrard bagaimanapun meminta kedua-dua pihak berdamai:

“Dia marah sebab tak main, saya faham… tapi ayat ‘buang bawah bas’ tu salah. Kena tarik balik sikit,” katanya sambil mengimbas pengalaman sendiri bergaduh dengan Suarez dulu.

Krisis ini turut mencetus spekulasi Salah mungkin angkat kaki pada Januari, dengan Arab Saudi dilapor sanggup buat apa saja untuk mendapatkannya.

Namun Gerrard tegas Liverpool masih perlukan penyerang Mesir itu:

“Dia pemain terbaik, penjaring terbaik. Liverpool perlukan dia untuk bangkit.”

Salah yang baru menjaringkan 4 gol dalam 13 perlawanan liga musim ini, bersiap untuk berlepas ke Piala Negara-Negara Afrika selepas aksi menentang Brighton minggu depan. – AFP

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Malaysia tewas 0-3 kepada Indonesia, harapan emas badminton lelaki terus tergendala

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.