Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool kekal rekod sempurna, tewaskan Everton 2-1
  • SUKAN

Liverpool kekal rekod sempurna, tewaskan Everton 2-1

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Hugo Ekitike meraikan jaringan. Foto AFP

LIVERPOOL: Liverpool mengekalkan rekod sempurna Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan seteru tetangga, Everton 2-1 dalam aksi penuh tegang di Anfield, sebentar tadi.

Gol awal Ryan Gravenberch pada minit ke-10 hasil umpanan Mohamed Salah membuka tirai jaringan sebelum Hugo Ekitike menambah jaringan pada minit ke-29 dengan rembatan menewaskan Jordan Pickford.

Everton bangkit selepas rehat dan berjaya merapatkan jurang menerusi Idrissa Gueye yang meledak gol pada minit ke-58, hasil gerakan Iliman Ndiaye yang memanfaatkan hantaran Jack Grealish.

Bagaimanapun, skuad kendalian Arne Slot bertahan kemas hingga wisel penamat, sekali gus memastikan mereka menang lima perlawanan pertama liga musim ini untuk terus mendahului carta. 

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir Masters China
Next: Kemenangan ke atas Chelsea terlalu rumit – Amorim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.