Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool kecewa, Everton ‘curi’ mata saat akhir
  • SUKAN

Liverpool kecewa, Everton ‘curi’ mata saat akhir

Utusan Sarawak 3 months ago

Aksi antara Liverpool dan Everton di Goodison park pagi tadi. Foto AFP

LIVERPOOL, England: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk berkata gol minit ke-98 Everton yang memaksa keputusan seri 2-2 dengan mereka sukar untuk diterima ketika perlawanan terakhir musuh tetangga Merseyside di Goodison Park berakhir dengan banyak kad merah awal pagi tadi.

James Tarkowski meledak masuk gol penyamaan pada minit kelapan masa kecederaan untuk mencetus kegirangan dalam kalangan penyokong The Toffees, sesetengah daripada mereka menceroboh ke dalam padang.

Pemain Everton, Abdoulaye Doucoure kemudian mencetus huru-hara apabila meraikan gol itu di depan penyokong Liverpool selepas tamat.

Doucoure dan pemain tengah Liverpool, Curtis Jones dibuang padang sebelum pengurus The Reds, Arne Slot dan penolongnya Sipke Hulshoff juga dilayangkan kad merah kerana bantahan berlebihan terhadap pengadil Michael Oliver.

Keputusan seri itu melonjakkan Liverpool tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris, manakala Everton meningkat 10 mata di atas zon penyingkiran di tangga ke-15.

“Ia sering kali akan menjadi tegang,” kata Van Dijk.

“Amat kecewa untuk melepaskan gol pada saat terakhir perlawanan, atau mungkin masa tambahan, tetapi itulah yang berlaku. Tidak mudah untuk menerimanya, terutamanya dengan cara ia berlaku, tetapi kami menerimanya dan meneruskan perjuangan.

“Saya fikir pengadil memainkan peranan dalam perlawanan hari ini dari segi beberapa cabaran dihukum sebagai kekasaran dan insiden yang sama tidak diberikan. Akhirnya ia hanya satu kekecewaan melepaskan satu rembatan yang amat bagus, tetapi mengecewakan.

“Ini adalah final buat mereka dan mereka akan cuba melakukan segala-galanya untuk menyukarkan kami. Ia satu rangsangan besar buat mereka tetapi satu tamparan buat kami.”

Everton akan berpindah ke stadium baharu berkapasiti 53,000 musim depan dan Goodison diberikan penamat tegang dalam pertembungan terakhir antara kedua-dua pasukan, yang mana stadium mereka terpisah kurang 1.6 kilometer sahaja.

“Ia kacau sepanjang perlawanan,” kata bos Everton, David Moyes.

“Ia perkara lama yang berulang kembali. Saya fikir adalah amat penting Evertonians melakukan penamat terbaik di stadium ini.

“Secara keseluruhan sokongan di sini amat menakjubkan malam ini. Sokongan luar biasa dan baguslah mereka mendapat penamat yang mereka mahukan.” – AFP

Continue Reading

Previous: Dua petinju Sri Aman berentap di Negeri Sembilan
Next: Liverpool kekal pilihan, tapi Arsenal dapat tonik baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.