Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool ke Jepun untuk aksi jelajah Asia
  • SUKAN

Liverpool ke Jepun untuk aksi jelajah Asia

Utusan Sarawak 4 weeks ago

TOKYO: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool bakal membuat penampilan sulung di bumi Jepun pada tahun ini dalam aksi persahabatan pra musim menentang Yokohama F-Marinos. 

Liverpool sedang mengatur langkah untuk jelajah Asia pada Julai ini dengan Hong Kong turut berada dalam senarai kunjungan mereka.

Yokohama yang dikendalikan Steve Holland menamatkan saingan musim lalu di tangga kedua dalam saingan Liga Juara-Juara AFC ketika mereka dikendalikan bekas pemain Liverpool, Harry Kewell. 

Selain Kewell, turut pernah mengendalikan pasukan berkenaan adalah jurulatih Tottenham, Ange Postecoglou.

Perlawanan yang dijadual berlangsung pada 30 Julai itu bakal berlangsung di Stadium Nissan, Yokohama yang mempunyai kapisiti lebih 70,000 tempat duduk dan pernah menjadi tuan rumah bagi final Piala Dunia 2002. 

Liverpool dijadual bertemu AC Milan pada 26 Julai untuk perlawanan pertama di Stadium Kai Tak – sebuah stadium baharu di Hong Kong yang berkapisiti 50,000 tempat duduk. 

Musim baharu Liga Perdana Inggeris dijadual membuka tirainya pada 16 Ogos ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Empat atlet muda wakili Sarawak ke Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan
Next: Sze Fei-Nur Izzuddin mara, teruskan rentak cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.