Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool ‘jual’ Diaz kepada Bayern
  • SUKAN

Liverpool ‘jual’ Diaz kepada Bayern

Utusan Sarawak 1 day ago

MUNICH: Bayern Munich melengkapkan pembelian penyerang Luis Diaz dari kelab juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool dengan nilai dilaporkan boleh melebihi 75 juta euro (RM368 juta).

Pemain dari Colombia yang pernah menjuarai EPL, Piala FA dan Piala Liga ketika berada di Anfield, menandatangani kontrak bersama juara Bundesliga itu sehingga 2029.

“Berhubung Luis Diaz, kami berjaya membawa salah seorang pemain sayap kiri terbaik dalam Liga Perdana.

“Dia membawa karakter pemain sebenar dari Liverpool ke FC Bayern – dia memenangi piala bersama setiap kelabnya setakat ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen.

Diaz, 28, berkata, dia sangat gembira dengan perpindahannya ke kelab Jerman itu.

“Ia sangat bermakna buat saya untuk menjadi sebahagian daripada FC Bayern.

“Mereka salah sebuah kelab terbesar di dunia. Saya mahu membantu pasukan baharu saya dengan gaya permainan dan karakter saya.

“Harapan saya adalah untuk memenangi semua gelaran dan itu yang kami akan usahakan setiap hari sebagai sebuah pasukan,” katanya. 

Diaz membuat 50 penampilan dan meledak 17 gol dalam kesemua kejohanan disertainya musim lalu dan menjadi sebahagian daripada kejayaan skuad Arne Slot untuk meraih gelaran EPL buat kali ke-20. – AFP

Continue Reading

Previous: Pandelela tarik diri acara 10m platform individu
Next: Wirtz curi tumpuan, bantu Liverpool tewaskan Yokohama F. Marinos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.