Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool jinak Wolves, mara ke suku akhir Piala FA
  • SUKAN

Liverpool jinak Wolves, mara ke suku akhir Piala FA

Utusan Sarawak 6 hours ago

Pemain Liverpool, Mohamed Salah (kanan) meraikan jaringan ketika menentang Wolves pada aksi Piala FA di Molineux. - Foto AFP

WOLVERHAMPTON: Liverpool menebus kekecewaan kekalahan liga kepada Wolverhampton Wanderers apabila menang 3-1 di Molineux, awal pagi ini, sekali gus mara ke suku akhir Piala FA. 

Skuad kendalian Arne Slot bangkit pada babak kedua menerusi rembatan padu Andrew Robertson dari jarak jauh sebelum Mohamed Salah menggandakan kelebihan dua minit kemudian.

Curtis Jones memastikan kemenangan The Reds pada minit ke-74 sebelum Hwang Hee-chan menjaringkan gol saguhati Wolves pada masa kecederaan.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool membalas kekalahan 1-2 kepada Wolves dalam aksi Liga Perdana hanya tiga hari lalu di venue sama.

Sebelum ini, kapten Liverpool Virgil van Dijk mengkritik prestasi pasukannya sebagai “perlahan dan mudah dijangka”, namun mereka berjaya memperbetulkan keadaan dalam aksi pusingan kelima itu.

Walaupun berbelanja besar pada jendela perpindahan, Liverpool masih bergelut dalam liga apabila kini menghuni tangga keenam dan ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu Arsenal.

Situasi itu menjadikan Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA sebagai peluang terbaik Slot memburu trofi musim ini.

Liverpool kini memburu kejuaraan Piala FA kesembilan dan yang pertama sejak 2022, selain bakal berdepan Galatasaray SK pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, Selasa ini.- AFP

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik teruskan buruan gelaran All England 2026
Next: All England: Pearly-Thinaah tamatkan penantian 19 tahun Malaysia mara ke separuh akhir beregu wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.