Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool hampir tandatangani Leoni dari Serie A
  • SUKAN

Liverpool hampir tandatangani Leoni dari Serie A

Utusan Sarawak 14 hours ago

Giovanni Leoni (kiri) pemain B-19 Itali yang dilaporkan semakin hampir menandatangani kontrak bersama Liverpool. – Foto AFP

LIVERPOOL, England: Liverpool sedang memuktamadkan persetujuan bagi mendapatkan pertahanan Parma, Giovanni Leoni dengan yuran perpindahan bernilai £26 juta (RM148 juta).

The Reds juga akan membayar tambahan berdasarkan prestasi pemain berusia 18 tahun itu, selain peratusan jualan semula jika dipindahkan pada masa depan.

Daily Mail Sport melaporkan kelmarin juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meningkatkan minat mereka terhadap pemain pertahanan muda berkenaan.

Perjanjian itu tiada kaitan dengan usaha Liverpool mendapatkan kapten Crystal Palace, Marc Guehi yang juga dinilai dengan jumlah yuran yang hampir sama.

Bintang Itali Bawah-19 itu baru sahaja membuat 17 penampilan dalam Serie A, namun jabatan perpindahan Liverpool difahamkan amat menggemari Leoni dan bersedia untuk membawanya masuk.

Minat Liverpool terhadap Leoni, pertahanan tengah dengan ketinggian 1.95 meter hadir selepas mereka sebelum ini memburu Lenny Yoro, Jorrel Hato dan Dean Huijsen ketika mencari pengganti jangka panjang kepada kapten Virgil van Dijk.

Leoni menyertai Parma musim panas lalu dalam perjanjian bernilai £4.3 juta (RM24.5 juta) dari Sampdoria, yang beberapa bulan sebelumnya mengaktifkan pilihan £1.3 juta (RM7.4 juta) untuk menjadikan perpindahan pinjaman dari Padova sebagai tetap.

Pemain remaja itu pernah beraksi di bawah bekas bintang antarabangsa Itali, Andrea Pirlo di Sampdoria ketika beliau mengendalikan pasukan Serie B itu.

Pirlo menolak kebimbangan mengenai usia muda Leoni untuk diturunkan dalam pasukan utama, malah yakin pemain itu akan menjadi bintang masa depan.

“Jika ada yang ragu-ragu untuk menurunkannya dari minit pertama, saya tidak. Saya melihatnya setiap hari pada sesi latihan. Dia bermain seperti pemain muda yang matang, dia akan menjadi pemain bola sepak yang hebat,” kata Pirlo pada Mac 2024.

Perbelanjaan Liverpool kini akan melepasi angka £300 juta (RM1.7 bilion) – berjumlah £321 juta (RM1.8 bilion) – dengan Florian Wirtz tiba dari Bayer Leverkusen dengan yuran £116 juta (RM662 juta), Hugo Ekitike berharga £79 juta (RM451 juta) dan pemain seperti Jeremie Frimpong, Milos Kerkez serta Giorgi Mamardashvili juga menyertai pasukan masing-masing dengan harga £29.5 juta (RM168 juta), £40 juta (RM228 juta) dan £29 juta (RM165 juta).

Liverpool memang sedang mencari pertahanan tengah baharu memandangkan hanya Van Dijk dan Ibrahima Konate yang cergas dalam skuad senior ketika ini, manakala Joe Gomez masih cedera.

Pada masa sama, Liverpool juga sedang berhubung secara langsung dengan Crystal Palace mengenai perpindahan kapten mereka, Guehi dalam satu perjanjian berasingan. 

Continue Reading

Previous: MSSB Samarahan melangkah ke perlawanan akhir
Next: 213 wira, wirawati Sarawak buru kejuaraan SBAM 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.