Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool curi tiga mata, Chelsea tumpas 
  • SUKAN

Liverpool curi tiga mata, Chelsea tumpas 

Utusan Sarawak 5 hours ago

Dominik Szoboszlai meraikan jaringan penalti kemenangan menentang Inter. — Foto AFP

PARIS: Liverpool berjaya mencuri kemenangan tipis 1-0 ke atas Inter Milan meskipun tanpa Mohamed Salah yang diketepikan selepas kritikannya terhadap jurulatih Arne Slot menggemparkan kelab.

Gol tunggal hadir lewat perlawanan apabila Dominik Szoboszlai menyempurnakan penalti minit ke-88 selepas Florian Wirtz ditarik Alessandro Bastoni. 

Kemenangan itu sekali gus menamatkan rekod 18 perlawanan tanpa kalah Inter di laman sendiri dalam saingan Eropah.

Andy Robertson mengakui pasukan sedang melalui saat sukar ekoran isu Salah, namun menegaskan bilik persalinan tetap bersatu.

Di Italy, Chelsea pula kecundang 2-1 kepada Atalanta walaupun mendahului awal menerusi Joao Pedro. 

Gol Gianluca Scamacca dan rembatan padu Charles De Ketelaere memastikan The Blues pulang hampa dan jatuh ke tangga ke-11 kumpulan.

Aksi lain menyaksikan Bayern bangkit menewaskan Sporting Lisbon 3-1, manakala Jules Kounde muncul wira Barcelona dengan dua tandukan untuk menundukkan Eintracht Frankfurt 2-1 di Camp Nou.

Tottenham pula selesa membenam Slavia Prague 3-0, dibantu dua penalti oleh Mohammed Kudus dan Xavi Simons. Marseille, Monaco dan Atletico Madrid turut mencatat kemenangan masing-masing.

Olympiacos akhirnya meraih kemenangan sulung selepas menundukkan Kairat Almaty 1-0. – AFP

Continue Reading

Previous: 20 pasukan berentap di Bola Sepak 7 Sebelah KASUS Meradong 2025
Next: Drama penalti saat akhir selamatkan Liverpool, krisis Salah terus berlarutan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.