Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool bida  £109 juta untuk sambar Wirtz
  • SUKAN

Liverpool bida  £109 juta untuk sambar Wirtz

Utusan Sarawak 3 days ago

Florian Wirtz

LONDON: Liverpool membuat tawaran baharu sebanyak £109 juta (RM624 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Bayer Leverkusen, Florian Wirtz, menurut laporan semalam.

Tawaran kedua juara Liga Perdana Inggeris itu termasuk klausa tambahan yang bakal menjadikan Wirtz sebagai pembelian termahal dalam sejarah kelab itu.

Wirtz turut menarik minat Bayern Munich dan Manchester City, namun difahamkan pemain itu memaklumkan kepada Leverkusen dia mahu menyertai Liverpool sebelum musim baharu bermula.

Pengarah sukan Leverkusen, Simon Rolfes, Isnin lalu berkata Liverpool menunjukkan “minat yang konkrit” terhadap Wirtz.

Ketua pegawai eksekutif Leverkusen, Fernando Carro bagaimanapun sebelum ini menegaskan beliau tidak akan melepaskan Wirtz dengan harga kurang daripada £125 juta (RM715 juta).

Pemain berusia 22 tahun itu muncul sebagai antara pemain tengah muda paling berbakat di Eropah selepas membantu Leverkusen memenangi kejuaraan Bundesliga pertama mereka pada musim 2023-24.

Wirtz beraksi dalam 31 perlawanan Bundesliga musim ini, menjaringkan 10 gol ketika Leverkusen menamatkan saingan sebagai naib juara di belakang Bayern Munich dalam perebutan kejuaraan.

Dia menjaringkan 57 gol dalam 197 perlawanan sejak membuat penampilan sulung bersama Leverkusen ketika berusia 17 tahun selepas berpindah dari Cologne pada 2020. – AFP

Continue Reading

Previous: SIYFC 2025 platform penting bina generasi muda cergas, berdaya tahan
Next: Fernandes mungkin kekal di United – Amorim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.