Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool beli pemain tepat pada harga berpatutan, kata Slot tapi enggan ulas isu Isak
  • SUKAN

Liverpool beli pemain tepat pada harga berpatutan, kata Slot tapi enggan ulas isu Isak

Utusan Sarawak 13 hours ago
PENGURUS Liverpool, Arne Slot memeluk pemainnya.

LONDON: Pengurus Liverpool, Arne Slot menegaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hanya akan menandatangani pemain yang sesuai pada harga berpatutan, sambil enggan mengulas lanjut mengenai status penyerang Newcastle United, Alexander Isak.

Liverpool sebelum ini dikatakan membuat bidaan 110 juta pound (RM660 juta) untuk Isak, namun ditolak Newcastle yang dilaporkan menuntut rekod perpindahan baharu Britain bernilai 150 juta pound (RM900 juta).

Spekulasi masa depan penyerang Sweden berusia 25 tahun itu semakin hangat selepas dia secara terbuka mendakwa Newcastle gagal menunaikan janji.

Slot bagaimanapun enggan terjebak dalam isu tersebut dan menegaskan fokusnya adalah kepada kekuatan skuad sedia ada.

“Saya gembira dengan skuad ini, tetapi jika ada pemain yang benar-benar boleh meningkatkan pasukan, kelab ini sentiasa menunjukkan kemampuan untuk membawanya masuk.

“Namun ia perlu memenuhi semua syarat yuran perpindahan yang sesuai, posisi yang tepat dan pemain itu sendiri mahu ke sini,” katanya.

Jurulatih dari Belanda itu turut menolak tanggapan bahawa ketiadaan Isak akan memudahkan tugas Liverpool di St James’ Park, Isnin ini.

“Saya tidak fikir Newcastle kelab yang ada masalah. Walaupun Isak mungkin tidak beraksi, mereka masih ada Anthony Gordon, Anthony Elanga, Harvey Barnes dan Jacob Murphy. Ini EPL, semua pasukan ada banyak pilihan,” jelasnya.

Liverpool turut berdepan masalah di posisi bek kanan apabila pemain baharu, Jeremie Frimpong direhatkan sehingga rehat antarabangsa bulan depan akibat kecederaan hamstring.

Joe Gomez pula baru kembali daripada kecederaan manakala Conor Bradley hanya mula berlatih semula Khamis ini.

“Ketika ini hanya dua pemain cedera, malangnya kedua-duanya di posisi sama. Tetapi kami ada pilihan lain. Wataru Endo pernah main di situ, begitu juga Dominik Szoboszlai. Kami akan cuba pelbagai opsyen,” tambah Slot. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pertembungan petinju TBBC Sri Aman dan JAB Sibu Sabtu ini
Next: Rexy optimis pasangan beregu mampu bawa pulang pingat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.