Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool akan bangkit, kata Van Dijk
  • SUKAN

Liverpool akan bangkit, kata Van Dijk

Utusan Sarawak 15 hours ago

Kapten Liverpool Virgil van Dijk berkata pasukannya tidak akan berputus asa walaupun tewas 3-0 kepada Manchester City. Foto AFP

MANCHESTER, (United Kingdom): Virgil van Dijk berkata Liverpool akan bangkit selepas kekalahan memalukan 3-0 kepada Manchester City, namun pengurus Arne Slot mengakui juara England itu tidak boleh memikirkan perebutan gelaran Liga Perdana ketika ini.

Lima kekalahan dalam enam perlawanan liga telah menjatuhkan Liverpool ke tangga kelapan, lapan mata di belakang pendahulu Arsenal.

City menunjukkan mereka ancaman terbesar kepada Arsenal ketika ini selepas gol Erling Haaland, Nico Gonzalez dan Jeremy Doku merapatkan jurang skuad Pep Guardiola kepada empat mata daripada pendahulu.

“Realitinya kami tewas 3-0 dan itu satu tamparan besar,” kata kapten Liverpool, Van Dijk.

“Kami sama sekali tidak akan menyerah. Sekarang bulan November dan kami bersedia untuk musim yang panjang dan pertarungan besar.”

Keputusan pengadil juga tidak memihak kepada Liverpool apabila gol Van Dijk pada kedudukan 1-0 dibatalkan secara kontroversi kerana Andy Robertson berada dalam kedudukan offside di hadapan penjaga gol City, Gianluigi Donnarumma.

Namun Slot mengakui bahawa menyalahkan keputusan itu hanya akan menutup jurang kualiti antara kedua-dua pasukan di Etihad.

“Saya tidak akan kata kerana itu kami kalah, sebab pada 1-1 pun jika City bermain seperti tadi, kami tetap akan bergelut pada separuh masa kedua,” kata Slot.

Namun, walaupun dalam prestasi buruk, Liverpool hanya ketinggalan dua mata di belakang Chelsea di tangga ketiga.

“Kita perlu dapatkan keputusan sebelum boleh fikir tentang perebutan gelaran,” tambah pengendali dari Belanda itu.

“Cara terbaik menilai liga adalah selepas 38 perlawanan, tetapi cara kedua terbaik ialah selepas 19 perlawanan ketika semua pasukan sudah bertemu sekali.

“Fokus utama ialah mendapatkan keputusan—perkara terakhir yang perlu difikirkan ialah perebutan gelaran. Kita perlu perbaiki diri, itu jelas.”

Kemenangan bergaya itu membolehkan Pep Guardiola meraikan perlawanan ke-1,000 dalam karier pengurusannya.

Selepas musim lalu tanpa sebarang trofi buat kali pertama dalam lapan tahun, City yang segar tampak kembali seperti diri mereka yang dahulu.

“Musim lalu kami tidak boleh melakukannya,” kata Guardiola. “Kami kehilangan tenaga.

“Saya cuba sedaya upaya melakukan apa sahaja, tetapi saya gagal membuat pasukan ‘tersedar’ dan bangkit.

“Atas pelbagai sebab, kami tak mampu melakukannya, tetapi ia satu pengajaran.”

Rentak 10 kemenangan berturut-turut Arsenal dan lapan perlawanan tanpa bolos berakhir dengan keputusan 2-2 di Sunderland pada Sabtu.

Guardiola berkata peluang merapatkan jurang tidak diabaikan, tetapi menegaskan pemainnya perlu membuktikan mereka masih pencabar gelaran.

“Mereka akhirnya kehilangan mata,” tambah pengurus City itu.

“Saya beritahu pemain, ‘jangan lakukan ini kerana semalam Arsenal tidak menang. Lakukan ini untuk percaya pada diri sendiri’.

“Kami bermain menentang juara England. Tunjukkan bahawa kita mampu berada bersama mereka (Arsenal) musim ini dan hari ini saya rasa kami membuktikannya.” – AFP

Continue Reading

Previous: Man City benam Liverpool, rai perlawanan ke-1,000 Guardiola
Next: Kubaru FT juara Piala Pengerusi Saberkas Daro, serlah semangat kesukanan belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.