Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Literasi media dan maklumat asas hadapi cabaran AI
  • TEKNOLOGI

Literasi media dan maklumat asas hadapi cabaran AI

Utusan Sarawak 2 days ago
AMANAT…Datuk Dr. Annuar Rapa’ee berucap pada Program Dialog Literasi Media dan Maklumat Global Sarawak 2025 (SGMILD 2025), hari ini.

PETRA JAYA: Literasi media dan maklumat (MIL) kini dianggap kemahiran asas bagi masyarakat untuk menghadapi peluang serta risiko yang dibawa oleh kecerdasan buatan (AI).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn, berkata teknologi mesti berkhidmat kepada manusia, bukan sebaliknya, dan menggesa semua pihak bekerjasama memastikan prinsip ‘Minds Over AI’ benar-benar menjadi kenyataan.

“Dialog kali ini bertemakan ‘Minds Over AI’: Literasi Media dan Maklumat dalam Ruang Digital amat bertepatan dengan cabaran semasa dunia digital,” katanya.

KENANGAN…Datuk Dr. Annuar Rapa’ee bersama tetamu kehormat yang lain merakam kenangan pada Program Dialog Literasi Media dan Maklumat Global Sarawak 2025 (SGMILD 2025) hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee pada majlis Perasmian Dialog Literasi Media dan Informasi Global Sarawak 2025 (SGMILD 2025), di Pustaka Negeri Sarawak di sini hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa visi digital Sarawak, seperti digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Blueprint Ekonomi Digital Sarawak 2030, bertujuan melahirkan masyarakat berasaskan data dan inovasi, tanpa mengabaikan warisan bahasa, budaya, dan tradisi tempatan.

DATUK Dr. Annuar Rapa’ee bersama tetamu kehormat dan para peserta program merakam kenangan pada Program Dialog Literasi Media dan Maklumat Global Sarawak 2025 (SGMILD 2025), hari ini.

Sementara itu, Datuk Dr. Annuar merakamkan penghargaan kepada Pustaka Negeri Sarawak, Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia untuk UNESCO (MNCU) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas penganjuran yang diadakan sempena Minggu Literasi Media dan Maklumat Global UNESCO.

Dialog itu menghimpunkan pelbagai peserta daripada sektor awam, akademik, masyarakat sivil, dan belia termasuk pustakawan, pendidik, pembuat dasar, serta pemimpin komuniti sekali gus mencerminkan komitmen Sarawak terhadap pembangunan digital yang inklusif, beretika, dan berasaskan kolaborasi.

SGMILD 2025 menjadi wadah penting bagi membina kefahaman, kolaborasi dan kesedaran tentang peranan literasi media dalam membentuk masyarakat celik digital serta mampu menilai maklumat secara kritis di era kecerdasan buatan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pejabat Serantau UNESCO bagi Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Timor-Leste yang juga Pegawai Perhubungan ASEAN, Maki Katsuno-Hayashikawa; Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia untuk UNESCO (MNCU), Fadzilah Fadzil; Pensyarah Fakulti Sains Maklumat, UiTM, Profesor Madya Dr. Shamila Shuhidan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan) Pustaka Negeri Sarawak, Salina Zawawi.

Oleh Norman B

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Jepun berjaya lancar kapal angkasa kargo tanpa juruterbang ke Stesen Angkasa Antarabangsa
Next: Sarawak boleh pelajari pendekatan pembangunan lebuh raya mesra alam China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.