Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Litar Lumba Gedong bertaraf antarabangsa dibina – Abang Johari
  • TEMPATAN

Litar Lumba Gedong bertaraf antarabangsa dibina – Abang Johari

Utusan Sarawak 6 months ago

KUCHING: Litar lumba Gedong yang baru-baru ini diluluskan untuk pembinaan bakal menjadi litar antarabangsa dengan kapasiti 100,000 penonton. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata lokasi pembinaan telah dikenal pasti di seberang Ishtmus Gedong, seluas 600 ekar. 

Beliau menjelaskan bahawa Gedong dipilih kerana ia merupakan kawasan yang sesuai, memandangkan litar lumba tidak dibenarkan dibina di kawasan bandar.

“Trek sebegini tidak boleh dibina di kawasan bandar seperti di Litar Antarabangsa Sepang, kawasan yang paling dekat dengan bandar adalah di Gedong.

“Hal ini kelak membolehkan Gedong menjadi kawasan antarabangsa bagi sukan permotoran,” katanya ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong di sini hari ini.

Beliau akan memastikan infrastruktur jalan raya terus dibangunkan bagi memastikan peminat lumba termasuk di luar Sarawak dapat mengakses kawasan di Gedong.

Sementara itu, Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong berkata kerajaan Sarawak kini memulakan semakan semula elaun Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan akan diumumkan kelak setelah kiraan bagi semakan semula selesai sepenuhnya.

Pada mesyuarat itu, Abang Johari dipilih semula sebagai Ketua Cawangan PBB Gedong setelah menang tanpa bertanding.

Turut hadir, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo; ADUN Simunjan Awla Dris; Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Dato Sri Naroden Majais. – EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: DAP Sarawak bertanding PRN akan datang – Chieng Jen
Next: Redah kawasan pedalaman 10km demi mendidik anak bangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.