Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Lions International perkukuh pendidikan luar bandar Thailand, sumbangan rentas sempadan
  • PENDIDIKAN

Lions International perkukuh pendidikan luar bandar Thailand, sumbangan rentas sempadan

Utusan Sarawak 13 hours ago
SUMBANGAN… Tie (dua kiri), Chew (lima kanan) menyerahkan sumbangan kepada guru besar sekolah luar bandar di Chiang Rai. Turut kelihatan ialah Immediate Past District Governor District 310-A2, Lion Thipphawan (kiri).

SIBU: Semangat khidmat tanpa sempadan terus dizahirkan oleh Lions International apabila District 308-A2 dan District 308B2 berganding bahu menyokong pembangunan pendidikan luar bandar di Thailand.

Naib Gabenor Daerah Pertama Lions International District 308-A2, Jimmy Tie, bersama Pengerusi Majlis Terdahulu District 308B2, Patrick Chew, baru-baru ini mengadakan lawatan ke sekolah rendah luar bandar di Chiang Rai, sebagai tanda komitmen terhadap pembangunan pendidikan melalui tindakan nyata.

Dalam lawatan tersebut, kedua-dua pemimpin Lions itu masing-masing menyumbang RM1,000, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM2,000 bagi membantu pihak sekolah membeli peralatan komputer. 

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan sumber pembelajaran serta memperkukuhkan persekitaran pembelajaran digital untuk para pelajar.

Menurut Tie, pendidikan merupakan asas penting dalam membentuk masa depan, khususnya bagi sekolah-sekolah luar bandar yang memerlukan perhatian dan sokongan lebih besar dari segi kemudahan dan sumber. 

“Sumbangan rentas sempadan ini mencerminkan moto Lions, ‘We Serve’, serta memperlihatkan kesatuan dan keprihatinan Lions merentasi daerah dan negara,” katanya.

Sementara itu, Chew menegaskan bahawa khidmat Lions tidak mengenal batas geografi dan akan sentiasa tampil menghulurkan bantuan di mana sahaja terdapat keperluan.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat membuka lebih banyak peluang pembelajaran kepada pelajar setempat dan membantu merapatkan jurang kemudahan pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Pihak sekolah merakamkan penghargaan atas keprihatinan Lions dan memberi jaminan bahawa sumbangan berkenaan akan digunakan secara berhemah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan menyokong perkembangan pelajar.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Majlis graduasi SJK Chung Hua No 2 rai 195 murid Tahun 6
Next: Sarawak yang pertama di rantau ini beri pendidikan percuma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.