
SIBU: Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew telah memberikan sumbangan tiga buah bangku kayu kepada Klinik Komuniti Bandong, semalam.
Pemberian sumbangan ini bertujuan menyediakan kemudahan tempat duduk kepada pesakit yang terpaksa menunggu di luar klinik apabila ruang tempat duduk di dalam penuh.
Penyerahan sumbangan tersebut telah disaksikan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Teh Jo Hun yang turut menerima sumbangan tersebut bagi pihak klinik.
Inisiatif ini diharap dapat membantu meningkatkan keselesaan pesakit semasa menunggu giliran mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.
Oleh Akun Giman