Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Limbang alami gangguan bekalan air, pembaikan dijangka selesai petang ini
  • WILAYAH

Limbang alami gangguan bekalan air, pembaikan dijangka selesai petang ini

Utusan Sarawak 24 hours ago
KEBOCORAN PAM…Pam air utama yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA)  Berawan yang bocor hari ini. Foto Sarawak Water Sdn Bhd

LIMBANG: Beberapa kawasan sekitar daerah Limbang terjejas akibat gangguan bekalan air yang sememangnya jarang berlaku.

Gangguan berlaku susulan kerosakan luar jangka pada pam-pam utama yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Berawan dan lintasan Jambatan Sungai Berawan hari ini.

Sarawak Water Sdn Bhd dalam kenyataannya hari ini berkata gangguan air berlaku di beberapa kawasan di kawasan pesisir sungai, Medamit dan Batu Danau.

“Kawasan yang terjejas melibatkan seluruh kampung dan kawasan sekitar Jalan Kubong (dari Batu 6 ke Ulu Penganan), Jalan Medamit, Jalan Batu Danau, Jalan Meritam, Jalan Tedungan, Jalan Lubok Tekurok, Jalan Telahak hingga Menggatai dan Jalan Lubok Piasau hingga Lubok Sigantang,” kata kenyataan itu.

Katanya kerja pembaikan bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku serta untuk maklumat lanjut atau bantuan, sila hubungi talian hotline khusus kami, Limbang: +6085215644,+6085215633 atau +6085211601.

“Tangki air kami akan bersedia untuk sebarang keperluan air yang mendesak,” kata kenyataan itu lagi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek perumahan pacu pembangunan pesat Daerah Subis
Next: APM musnahkan sarang tebuan tanah bersarang dalam stor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.