Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima warga Indonesia antara 10 lelaki didakwa seludup migran
  • JENAYAH

Lima warga Indonesia antara 10 lelaki didakwa seludup migran

Utusan Sarawak 2 years ago
Seramai 10 lelaki termasuk lima warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 35 orang pendatang asing bulan lepas. Lima warga tempatan iaitu Tan Ke Huat, 52, S. Ananthan, 48, S. Sivalingam, 47, P. A. Suresh, 38, dan Mohd Johan Musa, 38, bersama-sama lima warga Indonesia iaitu Eko Rahmadani, 22, Tuah, 23, Erfanni, 32, Klau Nofrianus Erick, 34, dan Siprianus Nahak Lutan, 36 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu. Mereka didakwa melakukan penyeludupan 35 orang migran warganegara Indonesia di kawasan kebun sawit Batu 10, Segari, Manjung antara 20 hingga 30 Jun lepas. FotoBERNAMA

IPOH: Seramai 10 lelaki termasuk lima warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 35 orang pendatang asing bulan lepas.

Lima warga tempatan iaitu Tan Ke Huat, 52, S. Ananthan, 48, S. Sivalingam, 47, P. A. Suresh, 38, dan Mohd Johan Musa, 38, bersama-sama lima warga Indonesia iaitu Eko Rahmadani, 22, Tuah, 23, Erfanni, 32, Klau Nofrianus Erick, 34, dan Siprianus Nahak Lutan, 36 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Mereka didakwa melakukan penyeludupan 35 orang migran warganegara Indonesia di kawasan kebun sawit Batu 10, Segari, Manjung antara 20 hingga 30 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Izzati Mazlan manakala peguam Mohamad Khazali Yin mewakili Eko Rahmadani, peguam Raja Segaran mewakili Tan, Suresh dan Sivalingam sementara peguam Kashvinder Singh mewakili Ananthan manakala tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Afiqah Izzati memohon tempoh dua bulan bagi merakam percakapan kesemua 35 orang migran berkenaan dan memfailkan kes tersebut di Mahkamah Tinggi.

Ketiga-tiga peguam pula memohon supaya mahkamah membenarkan jaminan ke atas anak guam mereka namun tiada jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh.

Hakim Azizah Ahmad menetapkan 25 September untuk sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang didengar 8 Ogos
Next: APMM Bintulu tahan lima vesel atas pelbagai kesalahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.