Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lima terselamat kenderaan 4WD kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Lima terselamat kenderaan 4WD kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 6 months ago

Kemalangan kendiri yang berlaku dekat Kampung Punggu Tengah Jalan Sri Aman- Serian, petang semalam.

SRI AMAN: Lima terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri dekat Kampung Punggu Tengah Jalan Sri Aman- Serian, petang semalam. 

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawa,  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada jam 3.54 petang.

Beliau berkata seramai dua anggota bomba yang diketuai Komander Operasi, Walter Ami telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan terbabit.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan kendiri kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna hitam bersama seorang pemandu serta empat penumpang.

“Empat orang mangsa telah dibawa keluar oleh orang awam sebelum ketibaan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak bomba,” katanya.

Jurucakap PGO berkata seorang pemandu telah dibawa pihak KKM menggunakan ambulans. 

Beliau menambah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan terbabit.

Continue Reading

Previous: Dua lelaki cedera tersepit dalam kemalangan tiga kenderaan
Next: Suami maut, isteri cedera dalam kemalangan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.