Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • LIMA TERKORBAN kebocoran gas monoksida
  • GLOBAL

LIMA TERKORBAN kebocoran gas monoksida

Utusan Sarawak 4 years ago
ANGGOTA bomba bercakap di luar rumah jagaan, di mana sekurang-kurangnya lima orang telah mati dalam kemalangan keracunan monoksida yang disyaki, di Lanuvio, Itali.• Foto AFP

ROME: Kebocoran karbon monoksida menyebabkan kematian lima penghuni rumah penjagaan warga tua di ibu negara Itali semalam.

Menurut pihak polis, lima lagi penghuni rumah terbabit berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital berdekatan manakala dua penjaga dipindahkan ke hospital di Rome.

Penjaga syif pagi di rumah jagaan warga tua itu, yang terletak kira-kira 30 kilometer (km) di selatan Rome, mengeluarkan amaran selepas menemui 12 orang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut kenyataan media dikeluarkan Unit Krisis Anti-Covid di wilayah Lazio, kesemua mangsa menunjukkan simptom mengalami keracunan karbon monoksida.

Kenyataan sama turut mengesahkan sembilan penghuni rumah terbabit selain tiga penjaga didapati positif Covid-19 minggu ini.

Kesemua mereka dijadualkan untuk dipindahkan ke lokasi lain bagi menerima rawatan susulan pagi semalam. – AFP

Continue Reading

Previous: Elak kawasan protes
Next: 22 PELOMBONG terperangkap masih hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.