SERIAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batallion Ke-11 Batu Kawa memberkas seorang warga lelaki tempatan dan lima warga asing Indonesia pada 2 Jun, 2.15 petang di sebuah estet kelapa sawit di Kampung Mongkos.
Ketua Polis Serian DSP Aswandy Anis berkata, suspek warga tempatan beumur 23 tahun dari Jalan Stapok, Kuching tersebut dipercayai membawa lima warga asing tersebut masuk ke negara menggunakan jalan tikus.
Polis juga merampas sebuah kereta jenis Hyundai dari suspek warga tempatan.
Siasatan awal menunjukkan suspek warga tempatan menerima gaji sejumlah RM300 bagi setiap warga asing yang dibawa masuk ke Kuching.
Kes ini dissiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007).
Dalam satu lagi kes, seorang pemandu, 44 tahun, dari Taman Hui Sing di Kuching dan seorang warga Indonesia yang pasportnya luput tarikh tamat diberkas selepas cuba melarikan diri 10.30 malam pada 31 Mei jam dalam Op Benteng di kawasan Mongkos.
Aswandy berkata, polis menerima maklumat dari penduduk di situ dan selepas itu berjaya memberkas suspek di Jalan Kampung Seroban, Serian.
Turut dirampas polis adalah Perodua Alza.
Suspek warga tempatan disiasat di bawah APTISOM 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
Warga Indonesia memasuki Sarawak menerusi jalan tikus di Kampung Mongkos dan dipelawa oleh suspek dengan gaji sebnayak RM200 untuk dihantar bekerja di estet kelapa sawit di Simunjan.
Oleh CONNIE CHIENG