Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh di Tengah Sudan
  • GLOBAL

Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh di Tengah Sudan

Utusan Sarawak 17 hours ago
LIMA sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh ketika menjalankan misi pembahagian makanan di bandar Bara, Negeri North Kordofan, Sudan pada 27 Oktober 2025.

GENEVA:  Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh ketika menjalankan misi rasmi di Sudan, menurut Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

IFRC berkata kelima-lima mereka terbunuh ketika bertugas di bandar Bara, Kordofan Utara sebagai sebahagian daripada pasukan pengagihan makanan, manakala tiga lagi dilaporkan hilang.

MEREKA menjalankan tugas rasmi dan memakai ves Bulan Sabit Merah yang sepatutnya memberi perlindungan sepenuhnya.

IFRC menegaskan bahawa petugasnya di Bara mudah dikenal pasti dengan jelas, sambil menyatakan dalam satu kenyataan bahawa mereka “memakai ves Bulan Sabit Merah yang sepatutnya memberikan mereka perlindungan sepenuhnya.”

“Kami berasa ngeri, terkejut dan amat sedih” dengan insiden pembunuhan itu,” menurut IFRC.

Bagaimanapun, pertubuhan induk itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai pihak yang melakukan serangan.

Di Sudan, seramai 21 kakitangan telah terbunuh sejak pertempuran antara pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dan tentera Sudan bermula pada 2023, menurut persekutuan itu. Di seluruh dunia, pergerakan Palang Merah telah kehilangan 25 rakan sekerja tahun ini, katanya.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Tujuh maut akibat Taufan Melissa di Jamaica
Next: 9 maut, 5 hilang dalam banjir di tengah Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.