Lima rumah panjang, sebuah kampung terputus hubungan akibat banjir

Facebook
WhatsApp

SELANGAU: Lima rumah panjang dan sebuah kampung di Jalan Igu dan Dijih Tamin terputus hubungan selepas jalan ke rumah panjang tersebut masih ditenggelami air, dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan setakat ini.

Rumah panjang terbabit ialah Rumah (Rh) Rh. Ringkai, Rh. Jangit, ⁠Rh. Ginda, Rh. Agan, Rh. Anching, dan Kampung Warisan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Lt. (PA) Luke Douglas Dongum berkata, jalan tersebut merupakan jalan utama penghubung kepada enam rumah panjang berada di kawasan Igu dan Dijih Tamin.

“Tinjauan dilakukan ke lokasi, mendapati jalan tersebut masih ditengelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan rendah setakat ini.

“Keadaan di lokasi masih dalam keadaan terkawal,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos