Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Sibu: Bunyi bising dini hari, ingat orang gaduh rupanya api marak
  • KEBAKARAN

Sibu: Bunyi bising dini hari, ingat orang gaduh rupanya api marak

Utusan Sarawak 1 day ago
KEBAKARAN di Kampung Hilir, Sibu pagi tadi.

SIBU: Bunyi bising pada waktu pagi pada mulanya disangka bunyi orang sedang bergaduh, rupa-rupanya kekecohan yang berlaku akibat kebakaran melibatkan lima rumah di Kampung Hilir, di sini pagi tadi.

Mangsa, Luqman Daut,33, berkata, dia hanya menyedari kejadian apabila dikejutkan oleh isterinya pada 7.30 pagi, apabila bangun isteri memberitahu ada rumah terbakar.

“Semasa kejadian kami ada empat orang berada di rumah, saya dan isteri, kakak dan abang ipar saya.

“Pada mulanya, kami sangka ada orang gaduh, tak disangka ia adalah kebakaran dan kami terus berlari keluar dari rumah tidak dapat selamatkan apa-apa lagi. Semua dokumen penting, Maykad habis musnah, api marak dengan cepat,” katanya kepada pemberita.

MANGSA, Luqman Daut,33 ketika ditemui pemberita.

Menurutnya, pada 2003, rumah mereka pernah terbakar dan ini adalah rumah baharu.

“Semasa kebakaran, ibu bapa saya pergi ke kampung di Tanjung Manis. Saya merasa sedih, selain harta benda, enam ekor kucing saya pun tidak dapat diselamatkan.

“Saya bangun, tengok api sudah marak terbakar, apa-apa pun tidak dapat diselamatkan lagi,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Akses terhad jejas operasi bomba kawal kebakaran hutan
Next: Kemaskini: Kebakaran Kampung Hilir Sibu musnahkan tujuh rumah, 66 mangsa terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.