Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lima projek RTP perkukuh kemudahan awam dan infrastruktur setempat
  • Tengah
  • WILAYAH

Lima projek RTP perkukuh kemudahan awam dan infrastruktur setempat

Utusan Sarawak 13 hours ago
SERAH TAPAK….Kapitan Ling Dien Yong (kiri) selaku wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan tapak projek kepada kontraktor. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Usaha memperkukuh pembangunan infrastruktur serta kemudahan komuniti diteruskan dengan penyerahan tapak lima projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kepada kontraktor yang dilantik.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, diwakili pasukan Pusat Khidmat Repok yang diketuai Kapitan Ling Dien Yong, hadir pada lawatan penyerahan tapak projek tersebut semalam.

Tiong Sii berkata, pelaksanaan projek RTP tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan infrastruktur dan kemudahan komuniti dilaksanakan secara menyeluruh demi kesejahteraan masyarakat setempat.

“Projek-projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur komuniti agar manfaatnya dapat dinikmati oleh penduduk setempat.

“Antara projek yang diserah tapak adalah kerja menaik taraf lantai simen dan pemasangan pili tiang (pillar hydrant) di Gereja St. Anthony, selain kerja menaik taraf dinding berbumbung tokong Che Sea Khor di Jalan Chung Nik.

“Manakala, projek di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei melibatkan pembinaan stor baharu Fasa 1 merangkumi kerja-kerja piling, pembinaan dinding penghadang tanah susur serta kerja-kerja perparitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

SERAH TAPAK….Kapitan Ling Dien Yong (kiri) selaku wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan tapak projek kepada kontraktor. Foto Pusat Khidmat Repok

Beliau turut memaklumkan bahawa projek menaik taraf jalan tanah ke jalan batu di Jalan Mee Ming, Sungai Minah termasuk dalam senarai projek RTP yang diserah tapak bagi meningkatkan kemudahan dan akses penduduk setempat.

“Kerja-kerja ini penting bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna, khususnya dari segi kemudahan awam dan prasarana setempat.

“Turut diserah tapak adalah projek menaik taraf atap bumbung sedia ada serta pemasangan papan nama gereja di pintu masuk Gereja Methodist Yien Sung.

“Saya berharap semua projek yang telah diserah tapak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan serta mematuhi spesifikasi dan piawaian yang ditentukan agar hasilnya memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti,” katanya.

Turut hadir Penolong Jurutera Majlis Daerah Sarikei, Joviana Joklin dan Konselor Anthony Suding.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: AZAM perluas program BIC 5.0 ke Lawas dengan sokongan rakan kolaborasi setempat
Next: Sukaneka Hari Keluarga 2025 perkukuh silaturahim warga BBP Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.