Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lima projek pembangunan dirancang di kawasan Maludam dan Triso
  • TEMPATAN

Lima projek pembangunan dirancang di kawasan Maludam dan Triso

Utusan Sarawak 5 days ago
MESYUARAT Penyelarasan Jawatankuasa Pemandu BDDA 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat 2, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

PETRA JAYA: Sebanyak lima projek pembangunan utama bakal direalisasikan di kawasan Maludam dan Triso di bawah pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata projek tersebut melibatkan pelbagai aspek termasuk mitigasi banjir, pembangunan infrastruktur serta kemudahan komuniti.

Antara projek yang dirancang ialah Projek Mitigasi Banjir bagi Penempatan Utama Sepanjang Jalan Susur di Jalan Pesisir Maludam-Triso, pembinaan baharu sistem saliran dan perparitan di kawasan perkampungan Maludam.

Selain itu, pembinaan Dataran Budaya Maludam, pembinaan Pusat Pembangunan Wanita dan Ibu Kampung Triso serta pembinaan Pusat Komuniti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Triso yang dijangka siap Julai 2026.

“Semoga langkah penyelesaian dapat diambil segera demi kesejahteraan penduduk setempat. 

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini,” katanya.

Dalam pada itu, satu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pemandu Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat 2, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu dan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam serta turut dihadiri barisan ADUN, Ahli Parlimen, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain.

Platform itu dianggap penting bagi menyelaras pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) khususnya di kawasan Betong. 

Perbincangan memberi penekanan terhadap penyelarasan strategi, perkongsian maklumat serta memperkukuh kerjasama antara agensi supaya projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Dalam mesyuarat berkenaan, turut dibangkitkan isu sistem perparitan dan saliran di kawasan Maludam, yang dilihat sebagai keutamaan dalam memastikan kesejahteraan komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Komitmen agensi pelaksana diperluas, pastikan manfaat projek luar bandar disampaikan
Next: Tradisi dan kemodenan perlu seiring capai aspirasi PCDS 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.