Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lima pintu rumah salah sebuah blok pekerja musnah terbakar
  • KEMALANGAN

Lima pintu rumah salah sebuah blok pekerja musnah terbakar

Utusan Sarawak 7 months ago
MUSNAH… Sebuah blok rumah pekerja di Jelalong 3 Estate, Bintulu musnah dalam aatu insiden kebakaran, pagi tadi.

BINTULU: Lima pintu rumah jenis struktur tidak kekal, salah sebuah blok rumah pekerja di ladang kelapa sawit di Jelalong 3 Estate musnah terbakar di sini, pagi tadi. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu segera dikerahkan ke lokasi susulan panggilan diterima pada 10.34 pagi.

Mengetuai lapan anggota bomba, Komander operasi, PBK II Mazlan Tanin dan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) bagi mengawal kebakaran.

Kebakaran telah memusnahkan 100 peratus struktur rumah pekerja tersebut. Namun begitu, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden ini.

Ladang berkenaan terletak kira-kira 300 kilometer dari Bandar Bintulu yang mana dapat dihubungi dengan menggunakan Jalan Bintulu-Bakun sebelum masuk ke simpang ladang yang terpaksa menggunakan jalan balak Ulu Tubau.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Dua rumah terjejas kebakaran di Taman Matang Jaya
Next: Penghawa dingin syarikat minyak di Lutong terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.