Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lima pertubuhan terima dana MRP RM45,000
  • TEMPATAN

Lima pertubuhan terima dana MRP RM45,000

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH… Datu Penguang Manggil menyerahkan cek MRP kepada wakil Jawatankuasa Masjid As- Salam Marudi, Ismail Hameed.

MARUDI : Sejumlah RM45,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP ) diagihkan kepada lima pertubuhan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Penguang  Manggil, semalam.

Penyerahan cek MRP tersebut disempurnakan di bilik VIP, Dewan Suarah Marudi  dan antara  pertubuhan yang menerima termasuklah Masjid As-Salam Marudi (RM10,000 ),  Urusetia Saudara Kita Marudi ( RM5,000 ), Eng Hui Methodist Church ( RM10,000 ), JKKK Rumah Nyegang Sungai Temiang    ( R10,000) dan JKKK Rumah James Ansi Sungai Buloh.

Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Marudi berharap jumlah peruntukan MRP yang disalurkan ini dapat membantu mereka dalam menjalankan aktiviti atau projek kecil masing-masing.

Beliau berharap peruntukan tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk melancarkan projek atau aktiviti yang telah dirancang.Sementara itu beliau turut menyerahkan baucar pakaian sekolah Yayasan Sarawak kepada 218 pelajar daerah Marudi kepada 17 buah sekolah rendah.

Sekolah-sekolah yang menerima baucar pakaian berkenaan ialah SJKC Chung Hua Marudi

( 15 orang ), SJKC Hua Nam ( 7 ), SJK Sungai Jaong ( 19), SK Batu Bungan (10), SK Benawa ( 5), SK Good Shepherd ( 23 ), SK Dato Sharif Hamid ( 45 ), SK Kuala Tutoh ( 3), SK Long Lenei ( 12 ), SK Long Panai ( 10 ), SK Poyut ( 31 ), SK Rumah Gudang ( 6 ), SK Sungai Setapang ( 6 ), SK Sg Brit ( 7 ), SK Lubok Nibong ( 7 ), SK Pengelyan ( 6 ) dan SK Penghulu Baya Mallang ( 6 ).

Baucar tersebut diserahkan kepada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Baram, Cikgu Parish Lawai.

Hadir sama Pegawai Daerah Marudi Norlela Ulis dan para Ketua Masyarakat setempat.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: 15,300 KIR Parlimen Mukah terima bakul makanan
Next: PENTERNAK RASA KERUGIAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.