Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lima peniaga dikompaun langgar SOP
  • TEMPATAN

Lima peniaga dikompaun langgar SOP

Utusan Sarawak 4 years ago
KOMPAUN…Operasi yang dijalankan oleh Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Kesihatan Awam yang diadakan pada Rabu lalu selepas 10.30 malam.

MIRI: Seramai lima peniaga dikenakan kompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berniaga melebihi masa yang dibenarkan.

Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam kenyataan media berkata, lima notis kompaun telah dikeluarkan yang masing-masing berjumlah RM1,500.

“Operasi telah dlakukan oleh Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Kesihatan Awam yang  diadakan pada Rabu lalu selepas jam 10.30 malam.

“Ia diadakan bagi memastikan semua urusan perniagaan dihentikan pada jam 10.00 malam seperti yang terkandung dalam SOP PKPB kawasan Zon Merah.

“Operasi merangkumi premis perniagaan di bawah bidang kuasa MBM termasuk kedai makan, bar dan bistro di kawasan komersial seperti Pusat Komersial Boulevard, Bandar Baru Permyjaya, Tudan, Senadin Commercial Pusat Komersial Morsjaya, Tanjong Lobang, Marina Park City Fasa 1 dan 2, dan Miri Times Square Commercial Pusat Komersial Miri Pelita,” katanya.

Sehubungan itu, MBM memohon kerjasama daripada semua pengusaha perniagaan bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam memastikan keselamatan komuniti Miri.

Bagi memastikan penguatkuasaan SOP dipatuhi, MBM akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan seperti mana diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri (JPBN) Sarawak.

Oleh ADUM LIU

Continue Reading

Previous: Jambatan Rumah Ayum hampir siap sepenuhnya
Next: 2,340 dos vaksin Fasa 2 diperuntukkan di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.