Lima penduduk kawasan DUN Jepak terima bantuan keperluan harian

Facebook
WhatsApp
NORIHA menyerahkan sumbangan kepada salah penerima bantuan di kawasan DUN Jepak.

BINTULU: Seramai lima penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menerima bantuan keperluan harian daripada Pusat Khidmat Rakyat DUN Jepak di sini, baru-baru ini.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak, Noriha Ali, bersama ahli jawatankuasa wanita PBB Jepak kepada penerima.

Penerima ialah Simbun Mangi yang menerima kerusi roda dan susu, serta Egon Sabang dan Seta Sabang di Rumah Enbau yang turut menerima sumbangan susu.

Selain itu, Donny Buyong Thomas dari Rumah Henry Diman menerima susu dan lampin pakai buang, manakala Ringkai Ubu menerima susu.

Menurut satu kenyataan, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban keluarga yang memerlukan sokongan bagi keperluan perubatan harian mereka.

Bantuan seumpama itu diharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada penerima dan memudahkan urusan mereka dalam kehidupan seharian.

Oleh Carolyne Utih

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos