Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lima organisasi terima peruntukan MRP
  • Utara
  • WILAYAH

Lima organisasi terima peruntukan MRP

Utusan Sarawak 5 months ago
TERIMA KASIH… Penerima MRP dari ADUN Mulu, Datuk Gearawat Gala bergambar kenangan di Pusat Khidmat  DUN Mulu.

MARUDI: Sebanyak lima organisasi menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) Datuk Gerawat Gala.

Penyerahan cek MRP tersebut disempurnakan Pengerusi Serakup Indu Dayak Marudi, Kaunselor Yanti Nyanggau bagi mewakili Datuk Gerawat Gala yang tidak dapat hadir di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN ) Mulu hari ini.

Antara yang menerima cek berkenaan ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Pemindahan Kaum Cina (RM5,000 ), Biro Wanita Kampung Pemindahan Cina Marudi (RM3,000), SIDS Unit Rumah Anthony Jelma (RM3,000), JKKK Rh Vincent Tanjung Upar Baram (RM5,000 ), dan Serakup Indu Dayak, Unit Rumah Merikan Lobang kompeni (RM5,000 ).

Dalam pada itu, Datuk Gerawat mengucapkan tahniah kepada semua penerima MRP berkenaan dan beliau berpesan supaya dana MRP  ini digunakan dengan sebaiknya.

Katanya, kerajaan Sarawak melalui DUN Mulu akan meneruskan komitmen kepada komuniti melalui JKKK, Persatuan menerusi MRP daripada beliau untuk kelansungan dan juga pembangunan di kawasan masing-masing.

Beliau juga turut berpesan supaya agensi, JKKK dan Persatuan mengguna baik MRP yang beliau berikan kepada organissi yang menerima MRP tersebut.

Pada masa sama, beliau menekankan supaya kesemua penerima memaklumkan atau memberi laporan kepada Pusat khidmat sekiranya aktiviti yang mereka sudah laksanakan melalui dana MRP berkenaan untuk tujuan rekod.

Turut hadir menyaksikan penyerahan cek tersebut, Ketua Masyarakat Iban Marudi Pemanca Randie Bundan, Penghulu Keir, Penghulu Jimbau dan Kapitan Jacklyn.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hospital Sibu larang sebarang aktiviti pembakaran serta-merta
Next: Saberkas Bukit Sari sudah rancang program 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.