Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lima maut helikopter terhempas ketika misi menyelamat di Pakistan
  • KEMALANGAN

Lima maut helikopter terhempas ketika misi menyelamat di Pakistan

Utusan Sarawak 1 day ago
TERHEMPAS…..Helikopter milik tentera Pakistan terhempas di kawasan pergunungan utara negara itu hari ini.

ISLAMABAD: Helikopter milik tentera Pakistan terhempas di kawasan pergunungan utara negara itu hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pegawai mengesahkan semua lima kru terbunuh dalam kejadian itu. 

Ia merupakan insiden kedua seumpamanya dalam tempoh kurang sebulan.

Jurucakap kerajaan wilayah, Faizullah Faraq berkata helikopter berkenaan sedang menjalankan misi menyelamat selepas banjir melanda kawasan Diamer di wilayah Gilgit-Baltistan berhampiran sempadan Pakistan-China.

Siasatan kini dilakukan bagi mengenal pasti punca nahas, dengan penilaian awal menunjukkan kemungkinan kerosakan teknikal, katanya.

Beberapa minggu lalu, insiden sama berlaku di wilayah barat laut Khyber-Pakhtunkhwa apabila sebuah helikopter terhempas akibat cuaca buruk, turut mengorbankan lima kru.

Setakat ini, lebih 850 orang dilaporkan terkorban akibat banjir di Pakistan. 

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pakistan yang mempunyai lebih 240 juta penduduk adalah antara negara paling terdedah kepada impak perubahan iklim.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak lelaki lemas terjatuh ke dalam parit di Bintulu
Next: Two motorcyclists killed in separate accidents in Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.