Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lima maut digilis kereta api di Bangladesh
  • KEMALANGAN

Lima maut digilis kereta api di Bangladesh

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

DHAKA: Lima orang maut digilis kereta api di Daerah Tangail, kira-kira 97 km dari ibu negara Dhaka, pada Jumaat malam, lapor Xinhua yang memetik polis tempatan hari ini.

Dua lagi dilaporkan cedera parah, kata Mizanur Rahman, sub-inspektor di pos luar Stesen Kereta Api Tangail.

Menurut pegawai itu, nahas berlaku kira-kira 8.30 malam waktu tempatan semalam apabila bas yang menuju ke Dhaka kehabisan minyak dan terhenti di tepi jalan.

Pemandu dan kelindannya pergi untuk mendapatkan bekalan minyak, meninggalkan penumpang menunggu. Beberapa penumpang turun dari bas dan duduk atau berjalan di landasan kereta api berhampiran sebelum kereta api dari arah Dhaka melanggar mereka, katanya.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera selepas kereta dipandu langgar lori penyapu jalan
Next: Tujuh maut akibat runtuhan salji di laluan gunung berhampiran Kashmir di bawah kawalan India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.