
NEW DELHI: Lima individu yang terperangkap dalam kedai yang terbakar di negeri Telangana, selatan India, disahkan meninggal dunia hari ini, lapor Xinhua.
Kebakaran itu berlaku di kawasan Nampally di Hyderabad, ibu negeri Telangana, semalam.
Seorang pegawai kanan polis memaklumkan pihak media bahawa kesemua mayat telah ditemukan, termasuk dua kanak-kanak.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba negeri itu, Vikram Singh Mann berkata pemilik kedai berkenaan akan didakwa atas kecuaian jenayah.
-Bernama