Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima maut dalam kebakaran
  • GLOBAL

Lima maut dalam kebakaran

Utusan Sarawak 5 years ago
PASUKAN bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh sejam. • Foto AFP

Dhaka: Lima orang maut termasuk tiga pesakit Covid-19 apabila unit pengasingan koronavirus di sebuah hospital terkemuka Bangladesh terbakar semalam.

Kejadian berlaku di Hospital United terletak di sini, ketika negara itu sedang berjuang menghadapi peningkatan kes akibat wabak berkenaan.

Pegawai Bomba Kamrul Hasan memberitahu AFP, kebakaran dipercayai berpunca daripada letupan penyaman udara di gudang hospital itu yang berdekatan unit pengasingan.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh sejam dan lima orang mati kerana lemas dalam kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Komisioner Polis Dhaka, Sudip Kumar Chakraborty berkata, api merebak dengan cepat berikutan bahan mudah terbakar yang terdapat di situ termasuk cecair pembasmi kuman.

“Tiga mangsa maut adalah pesakit Covid-19, manakala dua lagi negatif,” katanya yang memberitahu kebakaran dikesan pada 9.48 malam waktu tempatan.

Seorang doktor enggan dikenali berkata, semua pihak terutama pesakit, panik apabila melihat api merebak cepat.

“Sudahlah kami tertekan dengan kerja dan kebakaran ini hanya menambah tekanan kami. Namun, syukurlah kerana pasukan penyelamat berjaya kawal kebakaran daripada merebak ke bangunan utama hospital.

“Jika tidak, ia pasti mencetuskan bencana,” katanya.

Pandemik Covid-19 semakin buruk di Bangladesh dalam beberapa minggu ini dengan 544 kematian dan hampir 40,000 penduduk dijangkiti.

Bagaimanapun, pakar kesihatan menjangkakan jumlah sebenar jangkitan dan kematian akibat wabak itu lebih tinggi berbanding angka rasmi yang dikeluarkan kerajaan Bangladesh kerana kurangnya ujian saringan.

Continue Reading

Previous: Filipina buka sekolah selepas vaksin ditemui
Next: Korban AS cecah 100,047

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.