Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lima mangsa termasuk bayi selamat dalam kemalangan di simpang Bayong, Pan Borneo
  • KEMALANGAN

Lima mangsa termasuk bayi selamat dalam kemalangan di simpang Bayong, Pan Borneo

Utusan Sarawak 1 day ago
Lokasi kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo, simpang Bayong petang semalam. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Lima orang termasuk kanak-kanak dan bayi 10 bulan cedera akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pan Borneo, simpang Bayong dekat sini petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1.28 petang. 

“Sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Unjah Janggau bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta jenis Proton Saga FLX,” katanya ketika dihubungi. 

Mangsa terbabit adalah tiga wanita dewasa berumur lingkungan 24 tahun hingga 31 tahun, seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dan seorang bayi lelaki berumur lingkungan 10 bulan.

Katanya, semua mangsa dalam kereta tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lolasi kemalangan. 

“Pasukan bomba membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) Sarikei membawa kesemua lima mangsa ke dalam ambulans. 

“Operasi menyelamat di lokasi selesai sepenuhnya pada 2.29 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Warga emas cedera parah terjatuh ketika mendaki di Gunung Api, Taman Negara Mulu
Next: Kanak-kanak maut, remaja cedera kemalangan langgar lari di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.