Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima lelaki tempatan ditahan di Lawas, positif dadah
  • JENAYAH

Lima lelaki tempatan ditahan di Lawas, positif dadah

Utusan Sarawak 2 days ago
OPS TAPIS… Lima lelaki dari kawasan Sundar berjaya ditahan dalam serbuan Operasi Tapis Khas polis Daerah Lawas, semalam. Foto IPD Lawas

LAWAS: Sepasukan polis telah membuat serbuan di Sundar dalam Operasi Tapis Khas pada 5.00 petang semalam.

Serbuan pertama di rumah tidak bernombor di Sundar berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 41 dan 47 tahun, yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan tubuh dan rumah tidak menemui sebarang barang terlarang.

OPS TAPIS… Lima lelaki dari kawasan Sundar berjaya ditahan dalam serbuan Operasi Tapis Khas polis Daerah Lawas, semalam. Foto IPD Lawas

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, melalui satu kenyataan hari ini, memberitahu bahawa serbuan kedua di kawasan sama berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 29, 33 dan 35 tahun atas kesalahan yang sama.

Pemeriksaan tubuh dan rumah mereka juga tidak menemui sebarang barang terlarang.

OPS TAPIS… Lima lelaki dari kawasan Sundar berjaya ditahan dalam serbuan Operasi Tapis Khas polis Daerah Lawas, semalam. Foto IPD Lawas

Hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan rekod lampau menunjukkan semua suspek mempunyai satu rekod kesalahan berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Jenayah Indeks Meradong turun 23 peratus pada 2025
Next: Dua lelaki ditahan suspek dadah dalam serbuan kebun sawit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.