Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima lelaki ditahan kes curi kabel tembaga bernilai RM7,000
  • JENAYAH

Lima lelaki ditahan kes curi kabel tembaga bernilai RM7,000

Utusan Sarawak 5 hours ago
LIMA lelaki tempatan ditahan selepas disyaki mencuri kabel tembaga di sebuah bengkel elektrik di Miri. Foto IPD Miri

MIRI: Polis berjaya menyelesaikan kes kecurian kabel di sebuah bengkel elektrik di sini selepas menahan lima lelaki tempatan termasuk dua pekerja tersebut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian kecurian itu dilaporkan berlaku pada 9 Januari lalu apabila suspek dipercayai menceroboh masuk ke premis bengkel berkenaan sebelum melarikan kabel jenis tembaga bersaiz 300mm empat teras yang dianggarkan bernilai RM7,000.

“Hasil maklumat risikan, pihak polis berjaya menahan lima suspek lelaki tempatan berusia antara 24 hingga 42 tahun dalam beberapa operasi yang dijalankan dari 10 hingga 12 Januari lepas,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Menurut Mohd Farhan, siasatan awal mendapati dua daripada suspek merupakan pekerja bengkel tersebut yang dipercayai bersubahat dengan dua suspek lain untuk mencuri kabel berkenaan, manakala seorang lagi suspek dikenalpasti sebagai pembeli kabel curi tersebut.

Dalam operasi sama, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipercayai digunakan untuk ke lokasi kejadian serta mengangkut kabel yang dicuri.

“Dengan tangkapan ini, kes berjaya diselesaikan dan usaha mengesan serta mendapatkan semula kabel yang dicuri sedang giat dijalankan,” jelasnya.

Kesemua suspek kini direman sehingga esok dan Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tambah beliau, semakan rekod mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes kecurian dan penyalahgunaan dadah, manakala hasil saringan awal air kencing mendapati empat suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 53 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen bersepadu di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.