Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima kru vesel tunda ‘kantoi’ dadah
  • JENAYAH

Lima kru vesel tunda ‘kantoi’ dadah

Utusan Sarawak 16 hours ago
DITAHAN… Sebuah vessel tunda dan lima kru ditahan selepas didapati positif dadah.

MIRI: Lima kru sebuah vesel tunda dicekup selepas didapati positif dadah dalam operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri di perairan Miri, semalam.

Vesel bersama tongkang itu ditahan sekitar 4.40 petang pada kedudukan 3.5 batu nautika barat Muara Sungai Miri hasil rondaan rutin anggota maritim.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, pemeriksaan ke atas vesel terbabit menemui satu bungkusan kecil disyaki dadah jenis methamphetamine serta peralatan menghisap dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua lima kru positif dadah.

Mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut mendapati semua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, kesemua mereka terdiri daripada dua warga tempatan, dua warga Indonesia dan seorang warga Myanmar berusia antara 21 hingga 56 tahun.

“Vesel bersama kru ditahan dan diiring ke pangkalan Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang termasuk penyalahgunaan dadah dan kesalahan imigresen di perairan negara.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bekalan elektrik dipotong di dua premis di Bau kerana judi dalam talian haram
Next: Vesel langgar lesen, empat kru dicekup di Kuala Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.