Lima kawasan Sarawak catat IPU tidak sihat setakat tengah hari

Facebook
WhatsApp
DATA pemantauan kualiti udara menunjukkan IPD Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak iaitu 161 setakat 12.00 tengah hari ini.

KUCHING: Sebanyak lima kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini, dengan IPD Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 161.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, IPD Serian mencatat bacaan 161, diikuti Samarahan (155), Tebedu (125), Lundu (119) dan Kuching (118).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, Sri Aman mencatat bacaan 89, Samalaju (83), Sarikei (82), Miri (80), Bintulu (75), Sibu (73), Lubok Antu (72), Lawas (71), Limbang (67), Mukah (64), Kapit (52) dan Bario (51), kesemuanya berada pada tahap sederhana.