Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima individu ditahan dalam dua serbuan dadah di Limbang
  • JENAYAH

Lima individu ditahan dalam dua serbuan dadah di Limbang

Utusan Sarawak 2 hours ago
SUSPEK ditahan selepas didapati memiliki dan menggunakan dadah dalam serbuan polis di Limbang.

LIMBANG: Lima individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki memiliki dan mengambil dadah dalam dua serbuan berasingan di Kampung Seberang Kedai dan Kampung Limpaong, semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, dalam serbuan pertama pada 6.00 petang di Kampung Seberang Kedai, seorang wanita berusia 49 tahun yang bekerja sebagai peniaga kecil bersama dua lelaki, masing-masing berusia 44 dan 45 tahun yang bekerja sebagai nelayan, ditahan untuk siasatan.

“Pemeriksaan di lokasi menemui tujuh keratan tiub penyedut minuman (straw) berisi bahan disyaki syabu dengan anggaran berat 1.0 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati dua suspek lelaki mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan dipercayai terlibat dalam aktiviti penagihan sejak awal 2020. Suspek wanita tidak mempunyai rekod lampau, dan ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga mereka didapati negatif dadah.

Kes berhubung rampasan itu disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam serbuan berasingan pada 10.45 pagi di sebuah pondok di Kampung Limpaong, dua lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai buruh turut ditahan selepas didapati positif dadah.

Semakan mendapati kedua-dua mereka mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes dadah dan dipercayai terlibat dalam aktiviti penagihan sejak awal 2018.

Kes kedua disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Lelaki 38 tahun ditahan ugut bunuh bapa tiri di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.