Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Lima hala tuju utama bina semula ekosistem pendidikan negara
  • PENDIDIKAN

Lima hala tuju utama bina semula ekosistem pendidikan negara

Utusan Sarawak 14 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir bagi merasmikan majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Turut bersama Fadhlina Sidek, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, dan Dato Sri Fatimah Abdullah, serta barisan timbalan menteri Persekutuan dan Sarawak, bersama tetamu kehormat lain. FotoUKAS

PETRA JAYA: Kerajaan menggariskan lima hala tuju utama dalam usaha membina semula ekosistem pendidikan negara yang lebih mampan, inklusif dan berpaksikan masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa peruntukan terbesar dalam sejarah negara untuk sektor pendidikan, iaitu sebanyak RM64.1 bilion menerusi Belanjawan 2025, perlu diagihkan secara efektif dan saksama kepada semua penerima yang layak.

“Perubahan mestilah bersifat inklusif dan adil.

“Peruntukan besar ini tidak boleh hanya cantik di atas kertas, tetapi mesti benar-benar sampai ke akar umbi dan mencapai matlamat sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Antara lima hala tuju utama yang diketengahkan termasuk Pengagihan Peruntukan Secara Saksama dengan menekankan keperluan agar dana pendidikan diagihkan secara menyeluruh, tanpa mengabaikan mana-mana golongan, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kedua ialah Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan Automasi dengan mencadangkan penggunaan AI dan automasi secara bijak bagi mengurangkan beban tugas rutin guru, sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran murid.

Ketiga, Ahmad Zahid turut menekankan pentingnya menjaga kebajikan guru-guru dari semua latar belakang, termasuk guru KAFA, guru tahfiz, guru berstatus orang kelainan upaya (OKU), serta guru pendidikan khas yang sering terpinggir daripada sistem penghargaan walaupun menyumbang besar kepada pendidikan negara.

Hala tuju keempat pula, menitikberatkan transformasi digital dalam pendidikan.

Ahmad Zahid menyifatkan transformasi digital sebagai satu keperluan mendesak, dan menekankan keperluan guru menguasai teknologi serta mengintegrasikannya dalam proses pengajaran.

“Murid pula perlu dilatih menjadi pengguna digital yang fasih dan beretika,” kata beliau.

Sementara itu, kerajaan disaran memperkasa sistem pengiktirafan, terutama bagi guru yang bertugas di kawasan pedalaman, guru pendidikan khas serta mereka yang mencipta modul pengajaran sendiri.

“Kita mesti memberi perhatian kepada guru-guru di pedalaman Sarawak, Sabah serta sekolah Orang Asli. Mereka wajar menerima insentif baharu,” tegas beliau.

Selain itu, beliau turut menyentuh keperluan latihan berterusan kepada tenaga pengajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan ia kekal relevan dengan kehendak industri semasa.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek, Menteri Kerja Raya Malaysia Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, serta barisan timbalan menteri Persekutuan dan Sarawak, bersama tetamu kehormat lain.

Oleh Amanda L.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Rapatkan jurang pendidikan digital
Next: Guru kini boleh mohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.